Bermula di Kluang Sejak 2015

Syarikat pembersihan Bumiputera untuk masjid, pejabat dan hotel di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Dari Kedai Cuci Karpet ke Pasukan Komersial

Didaftarkan 4 Disember 2015 di Kluang, Johor. Bermula dengan cucian karpet kejiranan, kini mengendalikan kontrak masjid, bangunan kerajaan, hotel dan premis industri.

SSM 201503338205 Sijil MOF Bumiputera PERHEBAT Kärcher Cleaning Malaysia SME Corp Tekun MARA INSKEN
Premis Arfa Clean di Kluang dengan van operasi

"Kami tidak hanya membersihkan. Kami menjaga setiap ruang sebagaimana kami menjaga rumah sendiri."

Mohd Fais Bin Hussien, Pemilik Arfa Clean

Pegangan Kami

Perjuangan Demi Sebuah Kesucian.

Visi

Menjadi syarikat pembersihan komersial yang dipercayai untuk masjid, institusi dan premis perniagaan di Malaysia.

Misi

Menyiapkan setiap kerja mengikut jadual premis pelanggan, tanpa mengganggu operasi harian.

Polisi Kualiti

Memadankan bahan dan kaedah dengan setiap jenis permukaan, dan menyemak hasil sebelum premis diserahkan.

Mesin Gred Komersial, Bahan Mesra Alam

Vakum industri, scrubber lantai, carpet extractor dan pressure washer Kärcher. Bahan cucian berkesan tanpa memudaratkan penghuni.

Kärcher Green Product Microclear Biodegreaser Disahkan SIRIM HD Biochem Solution
Barisan mesin pembersihan profesional Arfa Clean
Pasukan Arfa Clean bersama mesin cucian gred komersial di hadapan masjid - Kluang, Johor

Pasukan Terlatih Ikut Jadual Anda

Dewan solat siap sebelum zohor. Pejabat dicuci selepas waktu kerja.

Dilatih Kärcher Jadual fleksibel Semakan kualiti setiap kerja
Sebut harga & lawatan tapak percumaTiada bayaran pendahuluan
Balas dalam 1 jamKetika waktu operasi, terus di WhatsApp anda
Tiada kos tersembunyiHarga jelas sebelum kerja mula

Jom Kerja Dengan Kami

Untuk tender, kontrak berkala atau satu kerja cucian. Kami balas cepat waktu operasi.